Kuala Kurau


Nama Homestay: Kurau Inn Homestay 
Harga: RM120 – RM300 seunit
Jenis Homestay: Villa
Lokasi: Kuala Kurau,  Perak 
Bil Maksima Org: 32 orang
Bil Bilik:  11
No Tel:  +6019-240 7332
Email: booking@kurauinn.com
Laman Web: www.kurauinn.com

Description:

Anda mengimpikan suasana percutian yang tenang dan damai?

Kurau Inn Homestay menawarkan pakej percutian ala2 kampung yang unik dan menarik.  Lokasinya di tengah2 perkampungan tradisi Melayu dan lebih indah lagi bila ia di kelilingi dengan sawah padi yang menghijau.

Aktiviti?

Anda boleh memancing di kolam ikan di belakang homestay ini. Anda juga boleh memancing ikan laut di tepi pantai, di kelong atau menyewa bot ke laut dalam. Semua tempat ini berhampiran Kurau Inn Homestay.

Selain itu,  anda juga dibekalkan dengan basikal bagi membolehkan anda bersiar2 di sekitar kampung ini.

Jika anda salah seorang penggemar makanan laut,  anda pasti teruja untuk merasa keenakan makanan laut yang segar.  Restoran shellout hanya 500 meter saja jauhnya dari Kurau Inn Homestay.  Banyak lagi restoran2 di sini yang sering menjadi tumpuan penggemar makanan laut.

Kuala Gula Birds Sanctuary hanya 12 kilometer dari homestay ini.  Selain itu,  kelip2 Kampung Dew dan Pulau Orang Hutan juga tidak jauh dari Kurau Inn Homestay.

Bagi mereka yang suka shopping,  anda boleh pergi ke Design Village atau Pasar Kemboja untuk membeli pakaian dan sebagainya.

Kurau Inn Homestay ini dilengkapi dengan kemudahan2 moden yang terkini. Bilik tidur yang selesa, kawasan parkir yang luas,  kemudahan dapur untuk memasak,  barbecue pit, Wi-Fi percuma dan banyak lagi.

Homestay ini mempunyai 6 unit rumah/11 bilik tidur (8 bilik mandi)  dan boleh memuatkan sehingga 32 orang.

Sangat sesuai untuk mengadakan event seperti hari keluarga, reunion sekolah,  birthday party dan sebagainya.

Anda juga boleh datang seorang diri,  bersama isteri/suami dan anak2.

Tempahan boleh dibuat secara online.  Sila klik laman web kami di www.kurauinn.com

Kami menawarkan diskaun

(1) 15% jika anda sudi LIKE facebook.com/kurauinn

(2) 20% jika anda tempah 3 unit ke atas.

Harap hubungi talian 019-240 7332 untuk mendapatkan kod (kupon)  diskaun.

Tempahlah sekarang sebelum tarikh pilihan anda diambil orang!